Lelaki berjersi Manchester United cuba curi kabel MRT - Utusan Malaysia

Lelaki berjersi Manchester United cuba curi kabel MRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Jan. – Berlaku sedikit kekecohan di laluan Transit Aliran Massa (MRT) pagi ini apabila ada individu tidak bertanggungjawab yang memakai jersi pasukan bola sepak Manchester United menceroboh laluan trek pengangkutan awam itu.

Ia menyebabkan perkhidmatan MRT terhenti buat seketika.

Rapid KL memaklumkan, dalam kejadian di laluan antara stesen Pusat Bandar Damansara dengan Phileo Damansara itu, suspek disyaki cuba untuk mencuri kabel di kawasan tersebut.

“Hasil tindakan pantas pasukan operasi dan polis bantuan kami, penceroboh yang disyaki cuba mencuri kabel telah berjaya ditahan.

“Perkhidmatan tren disambung seperti biasa. Maaf atas kesulitan,” kata syarikat itu dalam kenyataan di laman Facebook miliknya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×