PRAGUE 18 Jan. – Seorang lelaki Czech membakar dirinya pada lokasi aktivis pelajar, Jan Palach melakukan tindakan sama untuk protes pendudukan Kesatuan Soviet di Czechoslovakia 50 tahun dahulu. Lelaki itu diletakkan dalam keadaan koma yang mana mengalami kesan terbakar di kepala dan tangan di Dataran Wenceslas. Polis Prague berkata, lelaki berusia 55 tahun itu membakar diri sekitar pukul 3 petang namun orang awam membantu memadamkan api itu,” katanya. AFP










