SAUDARA PENGARANG, SESUNGGUHNYA kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kali Kedua di Putrajaya mengenai janji peralihan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum Mei 2020, amatlah dialu-alukan serta melegakan. Saya yakin kegembiraan ini juga dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Ini amat bertepatan dalam saat rakyat yang gelisah dengan desas-desus kononnya…










