Lebih 900 pelajar sertai Kejohanan Merentas Desa di Besut - Utusan Malaysia

Lebih 900 pelajar sertai Kejohanan Merentas Desa di Besut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT 24 Jan. – Lebih 900 pelajar dari 74 buah sekolah di daerah ini menyertai kejohanan 
Merentas Desa yang berpusat di Sekolah Menengah Kebangsaan  (SMK) Permaisuri Nur Zahirah dekat sini hari ini.

Kejohanan kali ke-16 itu dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Besut dan Majlis Sukan 
Sekolah Daerah Besut (MSSDB).
 
Daripada jumlah itu, 432 orang merupakan peserta yang mewakili 54 buah sekolah rendah manakala 552 peserta yang mewakili 20 buah sekolah menengah dengan 154 orang pegawai 
bertugas.
 
Peserta sekolah rendah dibahagikan kepada dua kategori iaitu lelaki dan perempuan berusia 12 
tahun dengan jarak 4 kilometer manakala peserta sekolah menengah dibahagikan kepada empat 
kategori iaitu lelaki (15 tahun), perempuan (15 dan 18 tahun) melibatkan jarak 6 kilometer dan 
lelaki (18 tahun) sejauh 8 kilometer.
 
Majlis pelepasan semua peserta dan penyampaian hadiah kepada para pemenang 
disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Besut, Ab. Halim Hassan. – UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×