PUTRAJAYA 29 Jan. – Sebanyak 303,415 kes kebankrapan yang ditadbir oleh Jabatan Insolvensi di seluruh negara sehingga Disember tahun lepas dilihat amat merugikan negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong. Beliau berkata, jumlah kes yang ditadbir itu boleh menjejaskan produktiviti seterusnya pendapatan negara dalam jangka masa panjang. “Ia harus ditangani dengan lebih cekap oleh jabatan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.…










