KOTA KINABALU – Lebih 1,000 peserta menyertai Program Kayuhan Amal Kastam 2019 di Padang Merdeka, di sini hari ini. Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, kayuhan amal berkenaan merupakan acara tradisi yang dianjurkan setiap tahun sempena sambutan Hari Kastam Sedunia. “Objektif kayuhan ini adalah sebagai gagasan dan usaha memupuk semangat kerjasama, toleransi, kesabaran dan menyemai budaya prihatin dalam kalangan masyarakat dan warga kastam dalam usaha membantu golongan yang…










