Lebah buat sarang: Ini KLIA2 atau zoo - Tony Fernandes - Utusan Malaysia

Lebah buat sarang: Ini KLIA2 atau zoo – Tony Fernandes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Jan. – Mungkin disebabkan seringkali ‘dilawati’ oleh serangga dan haiwan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes melontarkan persoalan sama ada KLIA2 sebenarnya merupakan sebuah zoo.

TONY FERNANDES
TONY FERNANDES 

Persoalan itu dilontar oleh Tony selepas sekumpulan lebah dikesan membuat sarang di lapangan terbang tersebut hari ini. Menurut Tony, sebelum ini ulat dan tikut turut dilihat di KLIA2.

Tegas Tony kehadiran lebah dan haiwan lain di KLIA2 boleh mendatangkan bahaya kepada penumpang dan kakitangan.

“Mungkin zoo atau KLIA 2 Honey. Ini boleh menjadi pendapatan baru yang dapat mengurangkan cukai lapangan terbang.

“Ini bukan bahan lawak. Ini berbahaya kepada penumpang dan kakitangan saya. Adakah CEO baru yang ‘tidak berkomunikasi’ boleh menyelesaikannya?” tanya Tony dalam Twitternya.-UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN