PULAU PINANG 7 Jan. – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu segera melantik Pengerusi Pimpinan Negeri (MPN) negeri ini bagi memastikan sebarang usaha untuk kemajuan parti tidak terencat ekoran ketiadaan pimpinan tertinggi. Timbalan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh, Dr. Afif Bahardin berkata, difahamkan setakat ini Presiden masih belum memutuskan lantikan baharu bagi menggantikan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang melepaskan jawatan tersebut. “Setakat ini masih belum ada lantikan…










