Langkah penguatkuasaan larangan merokok turut utamakan pendidikan - Utusan Malaysia

Langkah penguatkuasaan larangan merokok turut utamakan pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Jan. – Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kepong menjalankan operasi meninjau beberapa premis makanan yang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok di sekitar Taman Tun Dr. Ismail, di sini hari ini.

Pegawai Kesihatan Daerah Kepong, Dr. Fuad Hashim berkata, tujuan tinjauan ini adalah untuk memberi pendidikan kepada pemilik premis dan masyarakat dengan mengedarkan risalah berkenaan isu tersebut.

“Melalui tinjauan ini kami akan memberikan ‘educational enforcement’ sebagai langkah memberi kesedaran awal bahawa undang-undang yang dikuatkuasakan ini bukan main-main.

“Pendidikan awal ini penting bagi mengelak masyarakat mempersoal tindakan pihak berkuasa mengenakan denda kepada mereka,” katanya, di sini hari ini.

Tambah Fuad, pemilik kedai makan juga perlu memastikan tanda larangan merokok dipasang di sudut premis sebagai peringatan kepada pelanggan.

“Selain memastikan ia dipasang, saiz papan tanda itu juga perlu mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan kementerian,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN