BUTTERWORTH 2 Jan. – Hanya kerana lambat dibancuhkan air, seorang suami tergamak memukul isterinya menggunakan seterika dalam kejadian di Taman Kerapu di sini kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa yang berusia 26 tahun dikatakan terlambat membancuh air kepada suaminya yang berusia 43 tahun kerana sedang sibuk menguruskan kerja rumah lain. Akibat dipukul dengan seterika itu, mangsa mengalami kecederaan luka dan calar kira-kira tiga sentimeter di bahagian kepala dan mendapatkan rawatan…










