SHAH ALAM – Program Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018) yang berlangsung sebentar tadi menamatkan siarannya untuk musim ini dengan menobatkan kumpulan Shiro selaku juara pada pentas final yang berlangsung di Teater Shah Alam, Shah Alam, Selangor sebentar tadi. Kemenangan Shiro yang dianggotai Shahrol dan Ajak itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500,000 berserta trofi sumbangan Astro. Sementara itu tempat kedua disandang oleh kumpulan Bocey yang membawa pulang…










