SEKALI imbas, lot kedai di tingkat satu, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, Kuala Lumpur itu tidak ubah seperti taman permainan kanak-kanak. Hakikatnya, ruangan tersebut bukanlah taman permainan kanak-kanak biasa, sebaliknya ia direka khusus untuk membolehkan pengunjung bermain bersama kucing. Ruang seluas 40 meter persegi itu dilengkapi peralatan mainan kanak-kanak seperti gelongsor, buaian, dinding memanjat selain kawasan dalamannya dicat berwarna-warni. Ia turut mempunyai bantal-bantal bersaiz gergasi bagi membolehkan orang ramai duduk…










