JOHOR BAHRU 2 Jan. – Biarpun seharian penat bekerja, seorang suami sanggup memasak menyediakan kuah rojak buah resipi istimewa ibunya dari utara untuk isteri berniaga. Menggunakan nama Kuah Rojak Warisan Bonda, Mohd. Shothri Ahmad berkorban untuk isteri, Siti Nur Aqilla Omar apabila melihat kesungguhan pasangannya itu mahu menambah pendapatan selepas diberhentikan sebagai pekerja sambilan di sebuah syarikat. Bukan isterinya tidak tahu memasak tetapi beberapa kali percubaannya menghasilkan kuah rojak buah…










