KSM cadang laksana sistem dalam talian sepenuhnya - Utusan Malaysia

KSM cadang laksana sistem dalam talian sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KSM) bercadang melaksanakan sistem dalam talian sepenuhnya untuk pelbagai permohonan khususnya yang melibatkan wang termasuk pengambilan pekerja asing bagi mengelak sebarang unsur rasuah dan penyelewengan.

Menterinya. M. Kula Segaran berkata, langkah itu akan memastikan pegawai agensi penguat kuasa dan kawal selia di bawah KSM tidak berurusan terus dengan orang awam dan sekali gus mengurangkan gejala rasuah.

“Saya menekankan zero corruption (sifar rasuah). Ini adalah satu masalah dalam kerajaan terdahulu. Sehubungan itu, kita mahu menghapuskan gejala rasuah,” katanya kepada pemberita selepas majlis Amanat Tahun Baharu 2019 di sini hari ini.

Hadir sama ialah Timbalannya Datuk Mahfuz Omar.

Kula Segaran juga mahu warga KSM meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan menerokai idea-idea baharu melalui implementasi teknologi terkini seperti ‘block chain’ untuk perkhidmatan yang lebih cepat dan berkesan.

Beliau juga mahu warga KSM bertindak secara responsif dan perlu ada ‘sense of urgency’ dalam melaksanakan setiap tugasan. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN