KPM nafi tender bekalan bermasak asrama dibolot penyokong Bersatu - Utusan Malaysia

KPM nafi tender bekalan bermasak asrama dibolot penyokong Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan tulisan menerusi akaun Facebook, Rafi Awg Kechik yang membuat tohmahan liar mengenai tender perkhidmatan bekalan makanan bermasak di asrama sekolah dibolot oleh penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

KPM dalam kenyataannya turut menafikan dakwaan bahawa tender tersebut diluluskan kepada penender yang tidak layak dan kepada pihak yang rapat dengan menteri dan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian itu.

Jelasnya, KPM dibawah pentadbiran baharu telah mengambil segala usaha untuk memastikan amalan berintegriti termasuk telah membuat penambahbaikan kepada tadbir urus tender projek.

“Buat pertama kalinya, perolehan pada tahun lalu telah sepenuhnya dilaksana secara dalam talian yang telus melalui sistem ePerolehan (eP).

“Lembaga Perolehan KPM telah membuat keputusan berdasarkan matriks penilaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan dengan markah penilaiannya dijana melalui sistem eP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, Lembaga Perolehan yang dipengerusikan oleh Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha KPM yang turut disertai oleh wakil dari Kementerian Kewangan dan Jabatan Kerja Raya bagi memastikan keputusan dibuat dengan penuh integriti sekali gua tidak dipengaruhi pihak lain.

Jelasnya, menteri, KSU, setiausaha politik menteri dan setiausaha bahagian perolehan KPM juga tidak terlibat dalam mesyuarat Lembaga Perolehan serta proses membuat keputusan.

Sehubungan dengan dakwaan tersebut , jelasnya, KPM telah membuat satu laporan polis berhubung tulisan di laman Facebook berkenaan  dan mahu pihak berkuasa menyiasat tohmahan itu berikutan ia menimbulkan persepsi negatif  masyarakat terhadap kementerian itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN