KPM nafi dakwaan tender dibolot penyokong Bersatu - Utusan Malaysia

KPM nafi dakwaan tender dibolot penyokong Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 7 Jan. – Dakwaan bahawa tender perkhidmatan bekalan makanan di sekolah asrama dibolot penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan pihak rapat Menteri Pendidikan dan Ketua Setiausaha merupakan tuduhan liar bagi memburukan nama kementerian.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menafikan perkara itu dan telah membuat satu laporan polis agar siasatan dapat dijalankan terhadap tohmahan berkenaan.

Kenyataan itu menambah, Kementerian Pendidikan di bawah pentadbiran baharu telah mengambil pelbagai usaha untuk memastikan amalan integriti berlaku termasuk permohonan tender dilakukan sepenuhnya secara dalam talian menerusi sistem ePerolehan (eP).

“Malah Lembaga Perolehan kementerian membuat keputusan penilaian dibuat berdasarkan matriks dan markah yang ditetapkan Kementerian Kewangan.

“Lembaga ini dipengerusikan timbalan-timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan dan turut disertai wakil Kementerian Kewangan dan Jabatan Kerja Raya bagi memastikan keputusan dibuat penuh integriti yang tidak dipengaruhi mana-mana pihak,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Kenyataan itu mengulas status akaun Facebook milik penulis media sosial, Rafi Awang Kechik yang membuat tohmahan liar itu baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN