KULAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor Bahru merampas pelbagai jenis pakaian, beg tangan dan aksesori tiruan bernilai RM81,811 dalam serbuan di empat premis di sekitar Johor Bahru semalam.
Ketua Pengawai Penguatkuasa KPDNHEP, Aris Mamat berkata, serbuan pada pukul 12.30 tengah hari itu dijalankan selepas risikan pihak KPDNHEP selama seminggu terhadap keempat-empat premis terbabit.
“Sebanyak 407 unit barangan tiruan pelbagai jenama termasuk Gucci, Prada, Hermes, Channel dan Luois Vuitton disyaki barang tiruan dirampas dalam serbuan khas itu,” katanya pada sidang akhbar di Unit Pengurusan Ekshibit dekat Senai di sini hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 8 (2) (b) Akta Perigal Dagangan 2011 iaitu membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa barang-barang hang baginya suaru perihal dagangan palsu.
Jika sabit kesalahan, sesebuah pertubuhan perbadanan itu boleh didenda maksimum RM25,000 dan bagi kesalahan kedua dan berikutnya, denda boleh dikenakan maksimum RM50,000.
Sekiranya kesalahan dibuat bukan satu pertuvuhan perbadanan, denda yang boleh dikenakan ialah maksimum RM10,000 atau RM20,00 bagi kesalahan kedua dan seterusnya jika sabit kesalahan. – K! ONLINE.










