JAKARTA – Bilangan mangsa terkorban akibat banjir besar dan tanah runtuh yang melanda wilayah Sulawesi Selatan di Indonesia meningkat kepada 59 orang, kata pihak berkuasa semalam selepas hujan lebat turun di Pulau Sulawesi dan memaksa beribu-ribu orang berpindah. “Saya tidak pernah melihat banjir seburuk ini, ini adalah yang paling buruk,” kata ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Sulawesi Selatan, Syamsibar kepada agensi berita AFP sambil menambah, seramai 25 orang dilaporkan…










