Koperal tentera didakwa cabul kehormatan anak perempuan - Utusan Malaysia

Koperal tentera didakwa cabul kehormatan anak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Seorang anggota tentera berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencabul anak perempuannya di sebuah rumah di Bandar Baru Putra, di sini, tahun lepas.

Lelaki berumur 30 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Julie Lack Abdullah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya yang semasa kejadian berumur 4 tahun 5 bulan, di sebuah rumah di Bandar Baru Putra, di sini pada Disember 2018.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, boleh dikenakan sebatan dan perlu diletakkan di bawah pengawasan polis bagi tempoh minimum setahun dan maksimum tiga tahun.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN