MELAKA 3 Jan. – Seorang kontraktor direman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mencederakan isteri dan bapa mentuanya di sebuah rumah di Ayer Keroh di sini pada Isnin lalu. Perintah tersebut dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Melaka, Dorismah Mohd. Idris terhadap lelaki tersebut yang berusia 35 tahun. Suspek direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun…










