Klopp akui silap kerana Salah - Utusan Malaysia

Klopp akui silap kerana Salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL 20 Jan. – Jurgen Klopp memuji Mohamed Salah sebagai pemain berkelas dunia, setelah bintang Liverpool itu meledakkan gol ke-50 dalam aksi Liga Perdana Inggeris sewaktu membantu Reds melakar kemenangan epik 4-3 ke atas Crystal Palace.

Salah menyumbat dua gol di Anfield bagi menjadikan jumlah keseluruhan jaringan pemain itu kepada 50 gol dalam 72 perlawanan dan sekali gus, menya­mai pencapaian bekas penye­rang Reds, Fernando Torres. Hanya jumlah gol yang dimiliki Ruud van Nistelrooy, Andy Cole dan Alan Shearer yang masih belum diatasi pemain antarabangsa Mesir itu.

“Ia satu pencapaian luar biasa daripada pemain berkelas dunia. Jumlah jaringan tersebut cukup cemerlang. Saya dengar terdapat beberapa nama yang mengumpul lebih banyak jaringan berbanding Salah iaitu Alan Shearer, Ruud Van Nistelrooy, Andy Cole, penyerang yang hebat eh?

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mungkin dia dapat menjaringkan gol lebih banyak, jika saya lebih awal lagi tidak le­takkan Salah pada posisi sayap kanan lebih kerap. Silap saya. Tetapi, ia tidak seteruk manapun. Dia telah banyak membantu kami.

“Ia satu situasi menang-menang. Dia juga mendapat manfaat daripada corak permainan sedemikian. Salah juga menerima kelebihan daripada keinginan­nya untuk menjaringkan gol. Ia memang menarik,” kata Klopp.

Dalam aksi, semalam, selain dua gol Salah, dua lagi jaringan Liverpool disempurnakan oleh Roberto Firmino dan Sadio Mane, manakala tiga gol Palace dihasilkan menerusi Andros Townsend, James Tomkins dan Max Mayer.

Pendahulu Liga Perdana itu terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas James Milner menerima kad kuning kedua kerana melakukan terjahan keras ke atas Wilfried Zaha. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×