Khairul Dzaimee KP Imigresen baharu - Utusan Malaysia

Khairul Dzaimee KP Imigresen baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 13 Jan.- Kementerian Dalam Negeri mengumumkan pelantikan Datuk Khairul Dzaimee Daud sebagai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen yang baharu bermula esok.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, Khairul Dzaimee, 47, sebelum ini adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri sejak Julai 2018.


“Khairul Dzaimee berpengalaman dalam bidang pengurusan keselamatan dan imigresen kerana pernah bertanggungjawab berkaitan dasar hal ehwal imigresen, pengurusan pekerja asing dan hal ehwal pendaftaran negara.


“Beliau memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam pada Disember 1996 di Jabatan Perkhidmatan Awam, diikuti Kementerian Pembangunan Usahawan, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Khairul Dzaimee menggantikan Datuk Seri Mustafar Ali yang dilantik sebagai Ketua Eksekutif Pusat Jenayah Kewangan Nasional berkuatkuasa bermula 2 Januari lalu.


Sementara itu, Alwi memaklumkan, Datuk Jamil Rakon terus kekal sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri.


“Ini berdasarkan pengalaman luas beliau dalam bidang pengurusan dan pentadbiran awam serta pembangunan yang diperlukan kementerian ini bagi memperkasa tadbir urus.


“Kepakaran kedua-dua pegawai ini akan dapat memperkukuhkan pentadbiran kementerian dan Jabatan Imigresen,” katanya.


Sebelum ini, Jamil dilaporkan dilantik untuk menjawat Ketua Pengarah Imigresen yang baharu susulan rombakan besar-besaran jawatan tinggi kerajaan awal bulan ini.-UTUSAN ONLINE


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN