ALOR SETAR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kekal dengan keputusan untuk membawa kes perpindahan kontroversi membabitkan bekas pemainnya, Muhammad Akhyar Abdul Rashid ke Mahkamah Timbang Tara (CAS) dan akan menerima sebarang keputusan yang dibuat oleh badan itu. Presiden KFA, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, tindakan itu bukan kerana pihaknya tidak berpuas hati dengan nilai tebus kontrak dan bayaran yang diterima KFA, namun ia membabitkan soal berpegang kepada peraturan…










