KUALA LUMPUR 27 Jan. – Kelemahan terbesar Pakatan Harapan (PH) adalah ketidakupayaan mengungkapkan wawasan bagi masa depan yang lebih baik untuk rakyat di Cameron Highlands dan seluruh negara. Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, PH masih belum menunjukkan kepada rakyat mengapa golongan berkenaan harus mengundi parti itu demi ekonomi yang lebih saksama dan inklusif untuk semua. Tegas beliau, kumpulan berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M40) negara ini…










