Kesusahan hidup Rusli dapat perhatian - Utusan Malaysia

Kesusahan hidup Rusli dapat perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR 21 Jan. – Kesusahan hidup Rusli Mat Rus, 48, bekas pemandu lori yang tidak mampu bekerja akibat masalah kesihatan seperti disiarkan akhbar Utusan Malaysia hari ini mendapat perhatian segera pelbagai pihak yang tampil memberikan bantuan.

Antaranya Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian dan memaklumkan bantuan sara hidup berjumlah RM700 telah disalurkan kepada keluarga berkenaan.

Wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri turut mengunjungi keluarga tersebut di Kampung Guar Medang Gatal, Jalan Kilang Gula, Chuping di sini seterusnya memberi jaminan akan meneruskan bantuan bulanan sebanyak RM400 kepada Rusli.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malah, keluarga itu juga menerima kunjungan daripada pihak-pihak lain seperti wakil UMNO kawasan berkenaan yang menyalurkan bantuan keperluan makanan sekali gus meringankan beban keluarga tersebut.

“Terima kasih kepada Utusan Malaysia yang menyiarkan kisah kami seterusnya membolehkan kami menerima bantuan ini.

“Kalau tidak siar (kisah kami) mungkin masih ada tidak nampak kesusahan kami. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang tampil memberikan bantuan,” kata Azurina Ahmad, 44, isteri kepada Rusli di sini, hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh Rusli selepas dia tidak mampu lagi bekerja sebaik sahaja menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di bahagian kaki pada November lalu.

Jika dahulu keluarganya boleh bergantung harap daripadanya, kini tidak lagi lantaran masalah kesihatan yang dialaminya.

Sejak daripada itu, kehidupan Rusli berubah, malah kini terpaksa bergantung pendapatan daripada Azurina yang berniaga burger pada waktu malam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×