Kes bangunan di Medan Imbi, menteri serah kepada SPRM - Utusan Malaysia

Kes bangunan di Medan Imbi, menteri serah kepada SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad mempersoalkan pembinaan dua buah bangunan di lot 568 dan lot 716 yang berkeluasan 0.32 ekar di Medan Imbi, dekat sini yang bernilai hampir RM20 juta ringgit sejak 2015.

Jelasnya, kelulusan tersebut yang diberikan kepada Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu kepada Bekas Pengarah Jabatan Perancangan Ekonomi dan Pembangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertarikh 4 Disember 2015 itu begitu meragukan.

“Perintah Pembangunan (DO) telah dikeluarkan pada 17 Jun 2016 untuk pembinaan dua tingkat restoran. Kemudian pada 23 September 2016, One Stop Centre (OSC) DBKL telah meluluskan kebenaran membina bangunan enam tingkat. 

“Perintah pembangunan dikeluarkan daripada dua tingkat kepada empat tingkat kemudian empat kepada enam tingkat pada 15 Disember 2016,” ujarnya ketika sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas di Menara DBKL semalam.

Khalid turut memberi bayangan kes yang berlaku itu melibatkan campur tangan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau juga mempersoalkan mengapa kelulusan boleh diberikan oleh Menteri Wilayah ketika itu sebaliknya Lot Tanah 568 merupakan hak milik Pejabat Tanah dan Galian Wilayah manakala Lot 716 milik Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan dibawah selian Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan diurus tadbir oleh DBKL.

“Pada Mac 2016, syarikat tulis surat cadangan naik taraf kiosk durian. Pada 5 Mac 2016, Menteri telah minitkan “sila uruskan segera tq” kepada pegawai DBKL.

“Pada Jun 2016,   DO telah luluskan DBKL buat kiosk sementara selepas siap, Syarikat telah mengenakan sewa kepada peniaga buah- buahan RM16 ribu ringgit sebulan,” jelas Khalid.

Justeru, satu laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM akan dibuat atas kewujudkan bangunan misteri ini akan kita buat dan meminta semua terlibat disiasat. 

Menurut Khalid, ini adalah satu petanda bahawa wujudnya salah guna kuasa penyelewengan yang jelas dan nyata di Kementerian dan DBKL ketika itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×