Kes Adib:Perkasa buat laporan polis - Utusan Malaysia

Kes Adib:Perkasa buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 20 Jan. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Parlimen Iskandar Puteri membuat laporan polis terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung kejadian membabitkan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Pengerusinya, Mohd. Jusoh Sulaiman berkata, laporan polis itu dibuat bagi memastikan keadilan diberikan kepada mangsa dan keluarganya dengan kadar segera. 


“Kami berharap Peguam Negara akan menjalankan tanggungjawab beliau dengan adil dan telus tanpa campur tangan mana-mana pihak kerana bimbang wujud salah laku atau kacau ganggu berhubung kejadian ini. 


“Pihak berkuasa sebelum ini telah menahan suspek yang dipercayai terlibat dengan kejadian tersebut jadi diharap tindakan segera dapat diambil agar keadilan dapat diberi kepada semua pihak,” ujarnya. 


Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara, di sini sebentar tadi. 


Muhammad Adib cedera parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, pada 27 November lalu sebelum meninggal dunia tidak lama kemudian ketika mendapatkan rawatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN