BATU GAJAH 8 Jan. – Polis telah menyerahkan kertas siasatan kes seorang lelaki dipercayai mendera cucu kandungnya baru-baru ini kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya telah selesai menjalankan siasatan terhadap lelaki berusia 47 tahun itu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Bagaimanapun katanya, keputusan laporan perubatan bayi terbabit masih belum diterima daripada pihak hospital. “Kertas Siasatan masih dalam kajian…










