Kereta dipandu Putera Philip terbabas - Utusan Malaysia

Kereta dipandu Putera Philip terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 18 JAN. – SUAMI kepada Ratu Elizabeth II, Putera Philip terlibat dalam kemalangan apabila kenderaan yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas sehingga menyebabkan dua orang cedera semalam.

Jurucakap Istana Buckingham memaklumkan, ketika kejadian, Putera Philip, 97, sedang memandu kenderaan jenis Land Rover berhampiran Sandrigham Estate sebelum keretanya dilanggar oleh kenderaan lain.

PUTERA PHILIP
PUTERA PHILIP 

“Duke of Edinburgh terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan lain tengah hari ini (semalam).

“Putera Philip bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” jelas jurucakap berkenaan.

Tambah jurucakap itu, Putera Philip telah dibawa untuk menjalani pemeriksaan lanjut sebagai langkah awal untuk mengesahkan beliau tidak cedera.

Dalam pada itu, Polis Norfolk berkata, Putera Philip dan seorang lagi pemandu telah diminta untuk menjalani ujian saringan pernafasan.

“Kami boleh mengesahkan kedua-duanya sudah menjalani ujian dan bacaannya adalah negatif,” jelas polis.

Menurut saksi kejadian, mereka membantu mengangkat Putera Philip keluar dari bumbung ken­deraan itu namun beliau kelihatan ‘sangat terkejut’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×