Kerajaan tidak berupaya teruskan projek ECRL - Utusan Malaysia

Kerajaan tidak berupaya teruskan projek ECRL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Jan. – Bekas Perdana Menteri menzahirkan rasa sangsi terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana tidak mempunyai keupayaan kewangan untuk membina projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Datuk Seri Najib Razak berkata, ini kerana, kerajaan mendakwa projek berkenaan akan menyebabkan negara tergadai atau terpaksa memajak tanah kepada China seperti yang berlaku di Sri Lanka.

Menurut beliau, kos ECRL sebenar adalah sebanyak RM55 bilion tetapi kerajaan PH mendakwa kos projek mega infrarakyat berkenaan mencecah sehingga RM81 bilion.

“Jika mereka dengan mudah boleh ‘merompak’ sebanyak RM82 bilion dari Petronas untuk tahun lepas dan tahun ini, kos RM55 atau RM81 bilion ECRL sudah tentu boleh dibayar sekali gus.

“Tidak kira dana-dana yang lain, rizab wang tunai Petronas juga telah mencecah sehingga RM170 bilion sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” kata menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Terdahulu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, projek ECRL yang digantung pada Julai tahun lalu boleh diteruskan pada skala lebih kecil sekiranya mendapat persetujuan daripada China. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN