KUALA TERENGGANU – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berharap agar pelantikan Yang di-Pertuan Agong yang baharu dapat diputuskan secepat mungkin. Mahathir berkata, ia perlu disegerakan kerana beliau sendiri perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi urusan tertentu. “Kerajaan akur dengan keputusan Sultan Muhammad V yang telah meletak jawatan. Ia adalah mengikut perlembagaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Teregganu di sini hari ini. Turut hadir isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dan Pengerusi Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris. Peletakan jawatan Sultan Muhammad…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya