Kerajaan akan bincang isu kenaikan tarif air - Utusan Malaysia

Kerajaan akan bincang isu kenaikan tarif air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli akan mengadakan perbincangan dengan beberapa negeri yang masih belum bersetuju dengan cadangan kenaikan kadar tarif air.

Menterinya, Dr. Xavier Jayakumar berkata, kenaikan tarif air perlu dilakukan demi menjamin bekalan air berkualiti pada masa hadapan.

Tambah beliau, kerajaan tidak mampu lagi menampung kos penyelenggaraan air di negara ini menggunakan kadar bayaran yang dilakukan kira-kira 25 tahun sebelum ini.

“Saya nampak banyak kerajaan negeri setuju namun ada satu dua negeri sahaja yang masih belum setuju tapi kita akan bincang dengan mereka isu tarif air ini. Perbincangan akan dilakukan bersama mereka mengenai isu tarif air.

“Kita bukan nak beban mana-mana pihak. Kita kena faham, kalau kita nak air bersih kita kena belanja untuk dapatkan air bersih,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dengan Indah Water Konsortium (IWK) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr. Abd Latif Mohmod dan Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Faizal Othman. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN