Kenderaan Jabatan Perhutanan diguna untuk kempen ditarik balik - Utusan Malaysia

Kenderaan Jabatan Perhutanan diguna untuk kempen ditarik balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS 20 Jan. – Selepas tular dalam media sosial penggunaan sebuah kereta pacuan empat roda milik Jabatan Perhutanan oleh jentera Pakatan Harapan (PH), kerajaan negeri menarik balik kenderaan berkenaan yang dipinjamkan kepada kerajaan Pusat sebelum ini.

Difahamkan, jabatan itu diminta menyediakan kenderaan pacuan empat roda berkenaan untuk kegunaan seorang Timbalan Menteri yang mengadakan lawatan kerja ke kawasan Cameron Highlands sejak minggu lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak berkata, arahan penarikan balik kenderaan milik jabatan terbabit dikeluarkan oleh beliau pagi tadi.

“Arahan penarikan balik itu dibuat selepas kerajaan negeri mendapati kenderaan berkenaan digunakan untuk tujuan berkempen dan terdapat lambang atau pelekat parti yang terbabit dalam PRK Cameron Highlands pada 26 Januari ini.

“Kita (kerajaan negeri) hanya meluluskan penggunaan kenderaan itu untuk kegunaan Timbalan Menteri sahaja, bukan untuk digunakan sebagai jentera kempen. Jadi bagi mengelak isu ini berpanjangan, saya sudah arahkan kenderaan itu diserahkan kembali kepada jabatan berkaitan,” katanya.

Kenyataan itu dibuat Sallehuddin melalui laman sosial Facebook miliknya hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN