MELAKA 16 Jan. – kutipan bayaran parkir yang dilaksanakan di Taman Nirwana, Jalan Klebang Besar di sini dihentikan setelah mendapat bantahan penduduk yang merasakan tindakan itu tidak wajar. Selain lokasi itu, tindakan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menswastakan kutipan bayaran parkir di 12 lagi lokasi di negeri ini juga disifatkan membebankan orang ramai. Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, pelaksanaan bayaran itu sendiri sebenarnya ‘tidak dipersetujui’ oleh kerajaan…










