SEREMBAN 16 Jan. – Rungutan orang ramai terhadap kenaikan sehingga 80 peratus bagi bayaran masuk ke kolam renang awam di Kompleks Sukan Negeri di Paroi di sini, mulai bulan ini mendapat perhatian kerajaan negeri. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihaknya akan membincangkan semula kewajaran menaikkan kadar bayaran tersebut yang sebelum ini diputuskan Majlis Perbandaran Seremban (MPS). “Kita akan kaji sama ada kenaikan ini munasabah dan melihat semula apakah…










