AKTIVITI berbasikal santai pada hujung minggu atau cuti umum kini dilihat bukan lagi sekadar untuk menyihatkan badan, tetapi juga mengeratkan silaturahim. Mungkin sukar untuk seseorang itu terus kekal dengan minat berkenaan kerana berasa bosan atau jemu untuk terus mengayuh basikal walaupun destinasinya berbeza. Rentetan dari itu, Kelab Berbasikal Bangi (BCC) menganjurkan program kayuhan bersama-sama ahli dan komuniti setempat yang diisi dengan program yang bermanfaat. Presidennya, Faisal Riza Abdul Rahim berkata,…










