AKTIVITI berbasikal santai pada hujung minggu atau cuti umum kini dilihat bukan lagi sekadar untuk menyihatkan badan, tetapi juga mengeratkan silaturahim. Mungkin sukar untuk seseorang itu terus kekal dengan minat berkenaan kerana berasa bosan atau jemu untuk terus mengayuh basikal walaupun destinasinya berbeza. Rentetan dari itu, Kelab Berbasikal Bangi (BCC) menganjurkan program kayuhan bersama-sama ahli dan komuniti setempat yang diisi dengan program yang bermanfaat. Presidennya, Faisal Riza Abdul Rahim berkata, langkah tersebut diambil agar menyertai kelab atau persatuan basikal tidak dianggap sebagai satu hobi yang tidak memberi manfaat kepada ahli…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya