SEPANG 2 Jan. – Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan selama hampir 30 minit selepas kakinya tersepit pada celah tempat duduk berpalang di perhentian bas di Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Bandar Baru Salak Tinggi, di sini hari ini. Ketua Balai Bomba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khairuddin Jamaludin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 12.25 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi…










