Keluarga tinggal sehelai sepinggang - Utusan Malaysia

Keluarga tinggal sehelai sepinggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT 16 Jan. – Sebuah keluarga di Kampung Kok Pasir, di sini tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka terbakar malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, mangsa Malisa Ahmad, 24, sedang menonton televisyen di ruang tamu bersama anak bongsunya, Remy Iskandar Aminuddin, 3, manakala anak keduanya Remy Hakimi, 5, sedang makan malam.

Malisa berkata, kejadian itu disedarinya selepas diberitahu oleh Remy Hakimi sebaik sahaja melihat api sedang marak membakar bilik tidurnya.

Menurutnya, terkejut dengan kejadian itu dia terus masuk ke dalam bilik dan cuba memadam api itu namun gagal.

“Saya terus menyelamatkan diri bersama dua anak dan sempat mengheret keluar tong gas kerana bimbang akan berlaku letupan.

“Selain itu, saya juga bersyukur kerana sempat menyelamatkan motosikal daripada terbakar dalam kejadian tersebut,” katanya.

Malisa memberitahu, ketika kejadian suaminya, Aminuddin Ibrahim, 39, tiada di rumah kerana ada urusan kerja sementaraanak sulungnya, Remy Junaidi, 9, mengikuti kelas al-Quran.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Penolong Penguasa Bomba, Wan Baijuri Wan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 8.01 malam.

Katanya, punca dan kerugian masih dalam siasatan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN