Keluarga mangsa nahas SUV terjunam Jambatan P. Pinang hadir tinjau operasi SAR - Utusan Malaysia

Keluarga mangsa nahas SUV terjunam Jambatan P. Pinang hadir tinjau operasi SAR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 21 Jan. – Ahli keluarga mangsa nahas SUV yang terhumban ke dalam laut dari atas Jambatan Pulau Pinang turut hadir meninjau operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Jeti Polis Marin, Batu Uban  di sini petang ini.

Lima ahli keluarga Moey Yun Peng, 20, termasuk seorang wanita berusia lewat 40-an dipercayai ibu mangsa tiba kira-kira pukul 4 petang tadi.

Wanita berkenaan yang kelihatan sugul serta kesedihan turut duduk di atas kerusi sambil menghadap laut dengan ditenteramkan ahli keluarga yang lain.

Bagaimanapun, usaha media mendapatkan reaksi daripada ahli keluarga mangsa berkenaan gagal kerana mereka enggan ditemu bual.

AHLI keluarga mangsa menunggu di jeti polis marin Batu Uban, Pulau Pinang bagi mendapatkan perkemban
AHLI keluarga mangsa menunggu di jeti polis marin Batu Uban, Pulau Pinang bagi mendapatkan perkembangan terkini pencarian mangsa nahas SUV yang terhumban ke laut petang ini. – UTUSAN ONLINE

Dalam pada itu, setakat pukul 4 petang tadi, operasi SAR yang diketuai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) masih gagal mengesan lokasi kenderaan SUV berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN