ALOR SETAR – Kesempitan hidup menyebabkan sepasang suami isteri dan dua anak mereka termasuk seorang bayi berusia 15 hari terpaksa tinggal di sebuah dangau yang dibina sendiri di Kampung Pecah Gadong, Jalan Kuala Nerang di Pokok Sena di sini. Dangau yang dibina dengan menggunakan kayu hutan dan kanvas itu menjadi tempat berteduh pasangan suami isteri, Mohd. Ridzuan Ismail, 36, dan Norshafizawati Shaari, 33, serta dua anak mereka sejak 10 bulan…










