PONTIAN 23 JAN. – DISEBABKAN hobi suka menyakat serta melihat orang lain tersenyum gembira, seorang pekerja bank sanggup meninggalkan kerja di pejabat dan memilih untuk menjadi seorang badut. Dengan mengenakan bedak putih, lukisan senyuman di bibir, berhidung merah dan memakai baju Melayu Teluk Belanga, keletah badut yang dikenali sebagai Pak Kadut itu cukup menghiburkan siapa sahaja yang bertemu dengannya. Menjadikan Dataran Pontian di sini sebagai tempat utama untuk menghiburkan pengunjung,…









