PASIR MAS 4 Jan. – Kegembiraan tiga beradik yang baharu sahaja memulakan sesi persekolahan 2019 pada Selasa lalu bertukar duka apabila rumah mereka di Kampung Lemal, belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja di sini terbakar semalam. Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, Fatin Aina Syazwani Majid, 16; Nurin Emiliyana Tasha, 12; dan Mohd Zarif Darwish, 6, tidak dapat menyelamatkan barangan sekolah mereka kerana api marak dengan begitu cepat. Nurin Emiliyana Tasha berkata, ketika kejadian dia sedang menikmati hidangan tengah hari selepas pulang dari sekolah. Menurutnya, ketika sedang menjamah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya