Kelab peminat Manchester United adakan program amal di Perlis - Utusan Malaysia

Kelab peminat Manchester United adakan program amal di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 21 Jan. – Kelab peminat Manchester United ( The Red Army Malaysia) yang berpangkalan di Shah Alam, Selangor mengadakan program amal di Masjid Al-Ikram Kampung Sena di sini, semalam

Program tersebut diisi dengan aktiviti menziarahi rumah-rumah golongan asnaf bagi menyampaikan sumbangan.

Lebih istimewa, program tersebut turut diserikan dengan kehadiran Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merupakan penyokong tegar kelab gergasi bola sepak England itu.

Turut hadir pada program itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs),
Mohd. Nazim Mohd. Noor; Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Izmi Ismail dan Pengarah Jabatan Penyiaran negeri, Ahmad Zaki Mustafa.

Delegasi The Red Army Malaysia yang diketuai oleh Datuk Rosthman Ibrahim itu turut mempersembahkan undangan kepada Tuanku Syed Faizuddin bagi berangkat menghadiri satu simposium 
yang mengumpulkan seluruh wakil kepemimpinan tertinggi kelab berkenaan dari beberapa buah negara di Kuala Lumpur pada April depan.

Di akhir program tersebut, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan merasmikan bangunan projek usahawan MAIPs di kawasan berkenaan.

Projek tersebut adalah salah satu daripada program peningkatan ekonomi asnaf yang diwujudkan oleh MAIPs di negeri ini sejak beberapa tahun lalu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×