Kekerapan tren LRT ditambah - Utusan Malaysia

Kekerapan tren LRT ditambah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Prasarana Malaysia Bhd., (Prasarana) memper­kenalkan sistem dua pusingan atau two loops bagi menambah kekerapan perkhidmatan tren Transit ­Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya antara Gombak menghala ke Putra Heights bagi menampung permintaan yang tinggi pada waktu puncak bermula esok.

Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Khairani Mohamed berkata, pertambahan kekerapan ulang-alik melibatkan tujuh daripada 58 tren yang ber­operasi di LRT Kelana Jaya dari Gombak ke Putra Heights akan berpatah balik secara berselang di stesen LRT Ara Damansara setiap hari.

“Penambahan itu akan dilakukan melalui sistem dua pusingan iaitu setiap tren ketiga daripada stesen Gombak tidak akan meneruskan perjalanan ke Putra Heights, sebaliknya berpatah semula ke stesen Gombak dari stesen Ara Damansara.

“Kami akan melakukan sistem itu antara pada pukul 7.30 sehingga 9.00 pagi setiap hari Isnin hingga Jumaat mulai 2 Januari (esok),” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar pengumuman Pelan Operasi Laluan Kelana Jaya di Kompleks Rapid Rail Subang di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN