KUALA LUMPUR 29 Jan. – Kegagalan Peguam Negara, Tommy Thomas untuk menasihati Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berhubung keperluan menubuhkan tribunal khas bagi menyiasat sama ada wujud salah laku oleh enam ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disifatkan sebagai memalukan dan tidak boleh diterima. Penubuhan tribunal berkenaan juga dilihat sekadar bersifat akademik, sia-sia dan tidak memberikan apa-apa kesan yang produktif malah berlakunya pembaziran masa serta sumber negara. Sehubungan itu, Timbalan…










