SUNGAI PETANI 16 Jan. – Sebuah kedai peralatan sukan di Jalan Ibrahim di sini, musnah 70 peratus dalam kebakaran semalam. Kedai terletak berhadapan Balai Polis Sungai Petani itu terbakar kira-kira pukul 10.30 malam. Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba Mohd. Ridzuan Nur Jamudin berkata, operasi memadam kebakaran itu bermula sebaik sahaja anggotanya tiba iaitu seminit selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.44 malam. “Api dapat dipadam sepenuhnya kira-kira pukul 11 malam…










