KUALA LUMPUR 1 Jan. – Lapan tahun berperang dengan kanser Limfoma, penyanyi, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal berharap tahun 2019 menjadikan dirinya lebih kuat untuk melawan penyakit tersebut.
“Terima kasih 2018 kerana banyak meninggalkan kenangan-kenangan indah, semua yang pahit telah aku tukarkan menjadi manis semuanya.
“Kepada musuhku kanser, please be nice to me…dah tahun 2019 dah, tak boring ke 8 tahun duduk dalam badan saya?
“Kepada diriku, Erneelya Elyana Emrizal…tetaplah menjadi dirimu…tetaplah menjadi insan yang kuat fizikal dan mental,” tulisnya di Instagram yang dipetik dari MHE.TV
Selain itu, Elyana turut bersyukur kerana diberi ruang dan peluang untuk terus bernafas.
Untuk berita penuh sila klik www.mhetv.my










