Kane julang Tottenham benam Chelsea - Utusan Malaysia

Kane julang Tottenham benam Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 9 Jan. – Harry Kane membantu Tottenham Hotspur membenam Chelsea 1-0 pada aksi separuh akhir pertama Piala Liga awal hari ini namun kemenangan tipis di laman sendiri ini belum cukup selamat untuk skuad bimbingan Mouricio Pochettino itu mara ke final.

Tottenham yang sedang memburu trofi pertama mereka sejak 2008 perlu berterima kasih kepada video pembantu pengadil (VAR) untuk membolehkan mereka memperolehi sepakan penalti yang kemudiannya disempurnakan oleh Kane dengan cemerlang di babak pertama.

Walaupun menerima tentangan sengit dan permainan dikuasai Chelsea selepas itu, Tottenham ampuh bertahan terutama di babak kedua untuk membawa bekalan kurang selesa tersebut ke aksi separuh akhir kedua di Stamford Bridge pada 24 Januari ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN