Kanak-kanak 8 tahun rentung, kontena tempat bermain terbakar - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 8 tahun rentung, kontena tempat bermain terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 13 Jan. – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun rentung selepas terperangkap dalam sebuah kontena yang hangus terbakar dalam kejadian di Kampung Jawa, Bayan Lepas di sini tengah hari tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Saifuddin Ali Subahan dikatakan sedang bermain di dalam kontena yang dijadikan tempat menyimpan barang-barang terpakai.


Menurut jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.15 tengah hari dan tiba-tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian.


Katanya, ketika tiba, api sedang marak di daan memusnahkan hampir 80 peratus bahagian di dalam kontena itu namun berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira pukul 12.40 tengah hari. 


“Mayat kanak-kanak berkenaan rentung di dalam kontena itu dan hasil siasatan awal mendapati, kontena itu tidak berkunci dan sering dijadikan tempat bermain oleh kanak-kanak di sekitar kawasan ini,” katanya kepada pemberita di sini.


Dalam pada itu, kebakaran tersebut turut memusnahkan bahagian belakang dua buah kenderaan yang diletakkan berhampiran lokasi kejadian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN